Isnin, 17 Ogos 2009

Fuh.. penat….

Dah lame tak jengok blog nih.. Mmg agak busy sebulan dua ni. Dari awal bulan 7 haritu sampailah skarang br habis prog Tunas Gemilang yang kitorang (TID ISN) buat dengan KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). Ni salah satu prog mengenalpasti bakat di dalam bidang sukan. InsyaAllah apa yg diusahakan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.. Amin…



Bbudak tgh tunggu turn… antara test bateri yg digunakan


Dengan prog ni jugak lah aku merayap seluruh pelusuk tanah air termasuk sabah Sarawak. Penat bekerja tu tkdelah sgt, yelah, kita ni memantau jer. Tapi perjalanan yang panjang memang memenatkan, apetah lagi sibuk turun naik flight. Mmg lesu dan sengal2 badan aku ni. Untuk TG musin kali ni aku sampai Alor Setar, Perlis, P.Pinang, Melaka, N.9, area K.L aku cover gak dan terjauh aku pegi kali ni adalah Tawau… aku mmg penah sampai K. Kinabalu tp Tawau…first time sampai situ siot..

Ni aku nak story sket pasal tawau nih. Sape yg dah sampai angkat tangan!!! (aku tgh angkat tgn aku skrang! Eheheh). Tawau ni area yang paling ujung kalau dikira ke timur Malaysia. Bygkanlah naik flight 2jam 45minit.. waktu first time sampai dgn Syakila dan Kak Has (kawan2 ofis aku) time tu jam 6 ptg camtu, tp cuaca kat sane dah gelap.. mmg belah sabah Sarawak cepat sket waktu dia. Pastu yg jemput kitorang tu namanya Cikgu Tan Hok Seng. Aku panggil En. Tan jer.. punyerlah peramah cikgu nih.. sempoila… huhu

Cikgu2 kat sane pn mmg sporting, time pelaksanaan mcm2 perangai diorang nih.. boleh tahanla! Aku layankan jer.. mmg pecah perut jugaklah melayan lawak2 belah tawau nih.
Huhu..

Antara perkara yg best kat sana ialah makanan dia. Aku ni kalu g tempat orang suka rasa makanan tempat tu. Jgn bagi yg tk halal dahlakan.. ok, first skali aku nak story sape yg sampai sane jgn lupa mkn nasi kuning. Nasi ni mcm nasi lemak jugakla, Cuma kaler kuning pastu mkan dengan lauk ayam cili or daging. Tp yg paling best aku penah rase ialah ‘daging payau masak kicap halia’ korang tau aper tu payau??? Org semenanjung panggil daging rusa.. Ya Allah bukan main sedaplah!!.. lembut betul daging dia. Puas aku mkn mlm tu, mkn dgn Syrek (kwn ofis aku lg sorang) dan En Tan. Dia la yg bwak kami makn2, jalan2 kat sini..



Ni la daging payau yg legend tu!


Jeti tawau..


Gambar dgn cikgu kat tawau.. En. Tan tiada didalam gmbar. haha

Tp bagi aku karya teragung orang tawau ni ialah Soto Banjar jalan nak menghala ke airport tawau belah kanan.. walaupun jauh dr Bandar tp ramai jugak yg singgah terutamanya bila time nak pegi airport atau balik dr airport. Mmg sedap giler kuah die wa cakap lu. Tak penah aku rase soto sesedap tu!! Sape yg datang sane MUSTI kena singgah. Kalu tak rugi sesangatlah.! Makcik tu bukan main seronok lagi dia bila tau orang K.L puji masakan dia. Siap nak ofer resepi lg tuh.. tp relax lu, nnti kalau aku nak bukak caw kat semenanjung aku bawak terus makcik tu duk rumah aku lg bagus, bukak bisnes kat sini. Kompom meletuplah!! Hahahaha

Orang kate jauh berjalan luas pengalaman…
Nampak gayernyer mcm tulah..
Lain kali aku smbung cerita lagi…adios..

Ahad, 12 Julai 2009

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Mulakanlah sesuatu yang baik, dengan cara yang baik, dan dengan niat yang baik…

Hmm, Alhamdulillah, mungkin kerana itu aku berpeluang untuk menulis di sini..mungkin juga ini salah satu cara untuk aku ‘give something’ kepada orang di luar sana, dan juga pada diri aku sendiri.. Hope I will make difference to the world..paling tidak pn pada diri aku sendiri..insyaAllah…

Selama ni memang ada rasa nak menulis, tapi mungkin hidayah tu tak sampai lg. huhu.. dan aku nak say t.kasih banyak-banyak pada satu-satunya adik perempuan aku yang tersayang, sape lg kalau bukan Nur Sakinah Miswan..!!! (tepukan yg paling gemuruh ntk kina.. yeahhh!!) ni dia punya pasal la ni suruh aku create blog sendiri. Puas dia push aku, tp biase la sifat culas aku ni susah betul untuk dikikis.. memang aku sendiri admits yang perangai buruk aku nih.. susah betul nak buang..

Okey.. intro dah panjang… Meh kita mula dengan sesuatu yang lebih serius… (harap-harap tak lah poyo sgt intro aku td tu ye tak!!)


Seven Colar T-Shirt (tribute to King Cantona)

Minggu ni ada berita best aku nak share dengan korang.. Michael Owen Join Man Utd !!!! HAHAHAHAHA!!! Memang girang sungguh hati aku… sebagai peminat bola terutamanya ntk kelab tercinta aku ni memang tak bleh nk digambarkan betapa seronot sungguh bila tau owen dah sign kontrak 2 tahun dgn Man Utd. Free transfer pulah tuh.. huh… Aku tau fan LIVERPOOL mesti tak bleh terima berita ni.. yelah, ex-player liverpool join Man utd (untuk yg tk tau, dua-dua kelab ni memang rival giler lah). Walaupun Owen slalu injured skarang ni, terutamanya 2 tahun kebelakangan ni waktu main ntk Newcastle United tak berapa perform dan juga digugurkan dari squad England dibawah Capello, tp bg aku dia still decent striker with finest touch in penalty box.. kalo korang tak caya ratio gol owen mmg tak penah mengecewakan.. ni juga adalah peluang owen untuk buktikan yang dia masih seorang striker yang bagus.. umur 29 tahun bukan tua sgt pn.. boleh main 3-4 tahun lagi aper.. untuk Ronaldo pulak.. Thanks for everythings..
18 times title Premiership Champions and that’s a fact Rafa. Hahaha!! Seingat akula, time Sir Alex join Man Utd awal2 dulu, title hanya 7 kali, dan sekarang dah menyamai rekod Liverpool. Its owesome!!! ( nak crita pasal title nih lain kali aku cerita lagi. Skrang aku nak crita pasal ronaldo dan jersey keramat no. 7 united) kalo ko nak blah sgt pegi Real Madrid tu pegi jelah… memang dream dia pn nk main ntk Madrid. Dgn Fee transfer 80 juta euro, bebaloi pn ntk jual ronaldo. Sekurang-kurangnya dari segi bisness, ini tetap menguntungkan kedua-dua pihak.
Dan jersi no 7, no keramat United sekali lagi kosong dibiarkan tiada pemilik. Sehinggalah ada yang benar-benar layak untuk sarung jersey no. 7 tu. Sebelum Ronaldo, Beckham sarung jersey tu tp bagi aku United no 7. adalah selama-lamanya milik legend, Eric Cantona… Cantona adalah the missing puzzle, dan dialah yang melengkapkan Manchester United waktu tu. Dan bermula dengan dia jugalah Man Utd mulakan era 90-an dengan kemenangan gelaran EPL sehinggalah collect title 11 kali dalam masa 17 tahun di bawah era Sir Alex Ferguson. Membawa masuk Cantona ke united adalah antara satu keputusan yang genius oleh Sir Alex. Cantona telah mulakan legasi yang kukuh untuk di teruskan oleh pemain-pemain Man united sekarang. Dia adalah Leader with example, karisma, misteri, artist, dan legenda di hati peminat-peminat Man United. Pure Artist…. (Sape yang tak penah tengok dia main aku ada cd game-game cantona. Mmg best!!)

Dan pengalaman aku sendiri pulak, waktu tu seingat aku time tu aku darjah 4 (1994), malam-malam hujung minggu kul 11pm kalau ada rezki t.v 2 akan beli siaran live piala FA England. Time tu mane ade Astro lg beb… Ayah aku akan temankan aku tengok skali. Dan kebetulan waktu tu adalah game Man United lawan Spurs tak silap aku. Di situlah aku tengok Cantona main dan terus aku jatuh Cinta dengan Man United. Antara detik terbaik yang aku ingat adalah jaringan kemenangan Man United vs Liverpool final FA 1996. satu game classic penah aku tengok. Hasil dari tendangan sudut, penjaga gol Liverpool cuba keluarkan bola dari kawasan bahaya, dan bola tu sampai di kaki Cantona. Dengan kaki kanan satu hayunan volley terus menerjah jaring liverpool minit ke 84++. GOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!! Terlompat-lompat aku kat rumah tu sampai ayah aku yg telelap tu tejaga dengar aku jerit kuat-kuat. Perasaan seronok dan gembira tu sampai sekarang aku ingat lagi…bila diingat balik, mmg meremang bulu roma.. nak menangis aku mlm tu. Penuh dengan drama, semangat… football its not just a game, it’s a passion… Sbb tu aku suka tengok bola. (dan trillion penduduk planet ni pun kongsi minat yang sama dengan aku!!)

Dengan kolar ter naik, arrogant yang misteri………. The Legendary King Cantona… Huh…pure genius
Mohd Syafiq Miswan 9.32pm 12/7/2009